Saturday, May 21, 2016

Insyirah I

   

   Khalid masih bersila diatas katil. Matanya kecil dibuka merenung sekujur tubuh yang sedang lena dibuai mimpi. Comforter yang membaluti tubuh itu membataskan pandangan khalid hanya pada wajahnya. Bagi Khalid itu sudah lebih daripada cukup, jiwanya terasa tenang,bahagia merenung wajah tersebut. Diamatinya bibir nipis itu,merah. tak lupa juga hidung paruh burung kegemarannya itu. Setiap pagi akan dipicitnya sebelum pergi mencari rezeki di ibu kota. Wajah yang telah lama bertapak di hatinya semenjak zaman universiti dahulu. Siapa sangka akhirnya allah satukan mereka dengan ikatan yang suci, perkahwinan yang beliau sendiri hanya anggap sebagai satu mimpi tetapi akhirnya menjadi realiti.. Siapa je yang tak gembira bila orang yang kita suka, suka kat kita balik? senyum sampai telinga.

   Sedari Etty telah hampir 15 minit dirinya diperhatikan. Selepas mengejut Khalid tadi sengaja dia baring semula. Badannya penat mungkin, minggu ini terlalu sibuk dengan aktviti-aktiviti di sekolah. Bermula dengan persediaan peperiksaan pertengahan tahun buat pelajar-pelajar darjah enam, ditambah pula dengan tugasnya sebagai guru pembimbing bagi pasukan Choral Speaking sekolah. Meskipun dia sendiri akui penat dan kadang-kadang stress dengan segala sistem dan kerja yang perlu dilunaskan, Etty tidak pernah menyesal mengambil profession perguruan sebagai kerjayanya. Menjadi guru bahasa inggeris sememangnya mencabar lebih-lebih lagi di sekolah di pinggir bandar. Tetapi bila melihat anak-anak didiknya gigih untuk cuba bercakap dan menggunakan bahasa inggeris, segala penat lelah dan lesunya terasa hilang ditiup angin. Semua masalahnya yang seakan-akan pasir di pantai berubah tatkala dilanggar ombak.bahagia sungguh.

"khals, kenapa you stare I dari tadi, you okay tak ni?"
suara serak basah etty perlahan kedengaran dalam sorotan malap lampu tidur biik mereka. Khalid tersentak! allah tak tidur rupanya wife aku ni. Beliau sendiri tidak sedar perlakuannya yang merenung wajah etty sejak dari tadi. aduh kantoi busuk-busuk je. getus hati khalid.

"tarapapalah I okay je.. saja nak tengok muka wife I yang satu ni, rindu" senyum nipis.

Etty mengurut pelipis dahinya sambil membiarkan rambutnya menutupi sebahagian dari wajahnya.
eee..mabuk apa suami aku ni, tak pasal kita malu sorang-sorang pagi buta ni. Dalam malapnya suasana bilik masih ternampak rona merah di pipi etty naik 3 tona.

   "ouh wife you yang satu ni kee,, kenapa satu? ada yang nombor 2 dengan 3 yang I tak kenal ke?" sengaja etty membalas dengan soalan maut sikit , nak cover malu yang tengah menebal dalam diri bila dipuji tadi. Khalid tergelak kecil. Sempat lagi tu, budak sorang ni memang susah bila nak diajak masuk mood jiwang karat romantik semua ni, ada je helahnya nak menyimpang. Kadang-kadang terasa jugalah bila dia try hard nak romantik tapi etty balas dengan buat selamber jek.ceh. Hidung paruh burung etty dipicitnya sambil mulut mengungkap " kang allah makbulkan doa tu nanti jangan menyesal you bila I bukak cawangan lain..waktu mustajab berdoa nih." matanya mengerling pada jam dinding yang menunjukkan waktu pukul 4.30 pagi. Etty menolak jemari Khalid dari hidungnya "sakitlah, ee taknaklah macam tu" gumamnya rendah tapi dapat ditangkap telinga Khalid. Hidungnya digosok perlahan sebelum dihentikan jemari khalid.

"sinilah meh I tolong, tulah mintak bukan-bukan lagi.. Tau pun sayang, ingatkan tak sayang kat bunga pengarang jantung hati you ni" Khalid masih tersenyum menyakat Etty. Bukan senang dapat manja macam ni, wife dia ni memang jenis kasar diluar tapi sebenarnya lembut, fragile di dalam. Masalahnya degil sangat taknak tunjuk. Sejak kenal di universiti lagi dia dah usha seorang Hayati, tapi tak pernah nak tunjuk perasaaannya saat itu. Malu je beria nak anak dara orang tapi life tak established lagi.

   Hayati mencebik sebelum membaling bantal ke muka Khalid. geram tapi suka, haa macam mana tu? hailah susahnya bila nak masuk mood jiwang menjiwang ni. " Dah la pi solat la you. Tu pencipta kita tu kena lebih kita hargai dan sayangi. Penat orang kejut tapi main-main pulak dia. ish ". Etty menarik semula comforter membaluti tubuhnya, malas nak layan Khals yang sengih tak habis menyakatnya.

   "eh Puan Hayati taknak join sekali ke? jom ah teman I. Please-please " ajak Khalid. Semenjak peristiwa hitam yang mereka lalui setahun yang lalu, mereka berdua lebih tekun dan sedar bahwa menjadi muslim bukan hanya pada nama dan solat lima waktu sehari semalam sahaja. Sesungguhnya ia lebih daripada itu. Benarlah firman Allah, dalam setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan selepasnya. Dua kali allah nyatakan dalam surah al-insyirah. Peristiwa pahit yang mereka hadapi setahun yang lalu telah membawa mereka kembali kepada islam yang sebenar. Kini hampir setiap malam akan diisi dengan solat malam, paling-paling pun dua rakaat bila penat sangat. Bacaan al-mathurat juga mula jadi rutin selepas terakhir kali diamalkan masa di sekolah dahulu. Itupun sebab masing-masing tinggal di asrama, kalau tak idok lah rajinnya nak baca. Biarlah nak berubah sikit-sikit, asalkan ada usaha dan ada progress. perlahan tapi istiqamah.

" maaf encik Khalid, I cuti harini " balas Etty dengan senyum segaris. Khalid mengangguk perlahan, mengangkat tangannya sambil  ibu jari dan jari telunjuk ditemukan.Sepi. Khalid membuka langkah ke arah bilik air. sahaja aku solat sunat...


-----

" Hello, Adakah saya sedang bercakap dengan Encik Khalid? "

" Ye saya Khalid disini, siapa ya? "

" Ok Encik Khalid, saya Asyikin jururawat dari Hospital Sg Buloh. Encik suami kepada puan Hayati betul?, buat pengetahuan encik, Puan Hayati baru sahaja dimasukkan ke dalam wad kecemasan sebentar tadi. Harap bersabar ya encik "

Etty terjatuh. dalam tandas hospital. keguguran.

   Khalid duduk di tepi katil Hayati sambil tangannya meraut jemari mulus Etty. Sudah hampir 6 jam dia duduk sahaja merenung jasad Etty yang terkadang senyap tidak bergerak, kadang-kadang terhinjut-hinjut bahunya menahan sebak. Khalid tahu Hayati menangis, khalid sedar hayati tahan perasaannya dan berpura-pura semuanya ok sahaja. khalid tahu. Tapi Hayati begitu degil untuk meluahkan perasaannya, dia senyum dan menidakkan perasaan sedihnya. Sepasang bayi dalam kandungannya yang telah mencecah usia 7 bulan kini telah tiada. " khallls...baby..baby kita..
Etty menggumam perlahan sambil matanya menatap mata Khalid. Anak mata Khalid berkaca setiap kali Hayati mengungkapkan ayat tersebut. Dia berasa begitu lemah kerana tidak dapat berbuat apa-apa untuk memenuhkan hasrat isterinya itu. Selain daripada kata-kata penguat semangat dan senyum tampal, hanya sentuhan seorang suami yang dapat ia berikan. Tetapi nanti tiba-tiba Hayati pula yang tersenyum dan cuba menenangkan Khalid. Sungguh kuat seorang wanita. Tatkala Khals dan Etty sedang rancak membuat persediaan menyambut zuriat pertama mereka, allah tarik nikmat tersebut. Segalanya telah hampir disiapkan. Baju dan seluar sejenis telah siap dibeli, botol susu sampai 4 ha, kelambu tidur, set mitten yang comel-comel dan tak lupa juga angan-angan mereka untuk memberi nama kepada si kembar yang akan lahir ke dunia. Namun perancangan allah jauh lebih hebat. Allah takdirkan masanya belum tiba buat Khals dan Etty untuk merasa hidup bersama zuriat mereka. Allah takdirkan baby kembar mereka untuk pergi menghadapNya ketika mereka masih di dalam kandungan lagi. Khalid dan Etty nyata masih sukar untuk menerima ketentuan takdir ini, mengapa sebegini hebat dugaan mu ya Allah? mampukah kami melaluinya dengan berjaya? Sorotan mata Khalid suluh berganti antara merenung wajah sugul Etty dan dinding pudar hospital. Tak tahu mana yang lebih pudar, dinding atau hatinya kini.
-----
Insyirah II
Insyirah III

No comments:

Post a Comment